Wednesday, May 14, 2008

ACCIDENT BALIK IKWAS

rafting kat Kak Esah mee goreng kerang dengan geng2 fasi+urusetia+boss unit PTD yang sudi membelanja..heheh


First of all, I want to start this posting with a question..

Apa yang kita akan buat bila kereta kita dilanggar dari belakang?
Mungkin 90% orang akan marah.
Apa yang kita akan buat bila kereta kita dilanggar dari belakang oleh budak2 kecik yg mmg takde lesen memandu?
Mungkin 99% orang akan marah..


Ok. Actually minggu lepas (2-4Mei08), ramai juga batch kita yg pi PAC kat IKWAS. So lepas abis PAC, on the way balik kl, kitorang konvoi singgah makan briyani kat batu pahat, lebihkurang 4 5 biji kereta juga la (include Midy, Effi, Barbara, Sara Leoni, Fazrin, Adila, Ayuni, Mira and me). Then, after dah kenyang mkn, kitorang pun cadang nak bertolak balik. Kereta wira WDH telah diminta lead the pack menghala ke highway dengan pesanan dari member Gen2 `singgah la kat petronas mana2 dulu nanti, nak isi minyak'. So baru je 2km gerak dari briyani batu pahat, WDH spotted a petronas 500 meter ahead dan jauh lagi dah bagi signal ke kiri, Gen2 di belakang pun follow bagi signal. Then WDH terus masuk petronas, tapi pelik knapa Gen2 tberenti kat luar je. `Mmm.. buruk sangat ke petronas yang aku pilih ni sampai taknak masuk?' toleh-toleh balik, eh rupanya ada motor kapcai tergolek laa kat tengah jalan. Accident rupanya, motor tu betul2 dpan Getz putih (Getz beratur belakang Gen2). First impression, ingatkan ni Getz putih la punya angkara.. (ditambah pula psl yg ni woman driver =) so WDH pun pusing balik dan turun tengok.

scene just after the accident

Rupanya motor tu tergesel dan langgar belakang Gen2 semasa nak masuk kiri tu, berangan la tu kot, dan mungkin xsempat brek. Getz putih takde kena mengena, nasibaik laa dia tak langgar motor tu. Bila turun tengok, yang bawa motor tu adalah dua budak kecik, anggaran umur mungkin darjah 6 dengan form 3 (agak2 je ni). Ikut teori, mmg budak2 ni salah, takde lesen, langgar belakang pulak tu. Ayah budak2 ni pun datang, dia marah lagi budak2 tu. Kitorang yang menonton ni plak, dah berkira2, budak2 ni salah, so bapanya kena la bayar gantirugi kerosakan kereta (takde kemek, cuma banyak calar kat blakang, tp senang2 kena RM200 nak repair ni). Dan dari pengamatan mata kasar, kecederaan budak2 ni jatuh motor cuma calar2, so aku tak le kesian sangat (tapi berdarah la juga). Rasanya, ringan je, so aku decide nak balik je terus dengan bbrapa kereta lain (perjalanan jauh lagi), while tuan punya Gen2 dan another kereta pengiring nak hantar budak2 tu pergi klinik. Dengan pesanan kepada Gen2, lepas hntr pi klinik, balik la, xpayah la tunggu (dah la budak2 tu yg langgar kn).
calar sikit-sikit di beberapa tempat

So we headed home... some time after that, kami dapat info, bapa budak tu tak bagi gantirugi, tapi tuanpunye Gen2 yang sangat baikhati itu bg lg duit saguhati kepada budak2 tu.. dan 'nurse' pengiring dari batch kite pula bersungguh2 cuba merawat luka budak2 tu sepanjang jalan ke klinik...


2 kanak-kanak tersebut baru nak pi klinik dengan menaiki kereta 'mangsa'.

Pengajarannya: itu lu pikir la sendiri (bak kata Nabil Raja Lawak...heheh)

Sekalung penghargaan terutamanya kepada tuanpunye Gen2:TAZRIL, batch junior sikit dr kita dan BARBARA yg mmg cita2 nya dulu nak jadi nurse kot... hehhehe

"Sometimes we can be so obsessed on materialistic until we forget the value of humanity"

No comments:

Post a Comment